March 3, 2014

Misteri Apartment Tinggal Riviera II Cheras


Mood : Sedang mengagahkan diri mengupdate blog 
Motif : tetiba terasa rindu pada kawan-kawan blogger 

Majoriti pembaca blog aida adalah peminat kisah-kisah misteri, selama aida tak update nie pun traffic kisah misteri maintain tinggi. Disebabkan gitu lah gayanya, jadi aida carilah satu kisah misteri pasal Apartment tinggal Riviera II yang terletak di Jalan Bunga Cempaka Cheras. 


Sekitar tahun 1990 an apartment ini dijadikan penempatan pelajar-pelajar daripada kolej dan universiti yang berdekatan, sebelum itu apartment ini adalah kediaman untuk orang awam dan beberapa warga asing. 
Pada awal penempatan tiada apa yang tidak kena dengan bangunan ini, suasana dan keadaan seperti apartment-apartment berdekatan yang lain riuh, ceria, dan sesak. Upacara keagamaan juga sering dilakukan di apartment ini, bukan itu sahaja acara-acara perpisahan pelajar pun turut diadakan disitu. 


Kolam renang juga sentiasa penuh dengan pelajar-pelajar, bangunan juga diselenggarakan dengan baik. Tahun demi tahun berlalu keadaan mula berubah, pelajar-pelajar mula melakukan maksiat secara terang-terangan berdua-duaan. Bermula dari situ timbul beberapa kisah mistik yang menganggu para penghuni apartment ini.


Menaiki atau turun melalui lift dan tangga adalah satu perkara yang gerun bagi pelajar-pelajar, lift terhenti sendiri, butang lift menyala secara tiba-tiba dan berhenti di aras yang tiada penghuni, terserempak lembaga yang ngeri ketika pintu lift terbuka.. hendak menggunakan tangga lain pula ceritanya entiti juga kadang kala muncul menganggu mereka. 

Click pada ayat Click Sini untuk cerita seterusnya... 



Dikhabarkan terlalu banyak kisah mistik yang berlaku disini sehingga memaksa segelintir pelajar-pelajar mengambil jalan berpindah kerana tidak tahan dengan gangguan tersebut. Keadaan apartment ini mula sunyi banyak aras yang kosong dan tidak berpenghuni. Kerja-kerja penyelenggaraan juga mula diabaikan. Air kolam yang dulunya kelihatan jernih mula keruh. Perabot-perabot mula lusuh dan rosak.



Kejadian histeria juga kerap berlaku, hinggalah pada satu ketika apartment ini dikejutkan dengan berita tragis seorang pelajar perempuan jatuh dari tingkat lima ketika sedang menikmati makanan kerana mendengar satu bisikan menyuruhnya berbuat demikian kecederaan pelajar tersebut juga serius nasibnya baik kerana tidak kehilangan nyawa.


Akhirnya pihak pengurusan apartment Riviera II mengarahkan semua penghuni mengosongkan apartment ini atas faktor keselamatan. Kini apartment ini terbiar kosong sudah berbelas-belas tahun ditinggalkan tanpa dibaikpulih tidak ada orang yang berani menghuninya. Hanya bekas-bekas pelajar yang pernah menghuninya tahu apa yang berlaku di apartment ini sama ada ianya ditinggalkan kerana kisah mistik atau sebaliknya.

Asrama Lelaki Kolej Universiti Islam Malaysia adalah apartment Riviera II

Riviera II dalam bulatan manakala bangunan depan adalah bangunan Riviera 1


P/s : Ntah-ntah sebab lain pepandai je korang tokok tambah jadi mistik, apa-apa pun macam biasa 'mereka' memang wujud mereka jugak makhluk ciptaan Allah SWT dan rumah/bangunan kosong akan jadi tempat tinggal rasminya. 


Kredit :
Gambar dan Cerita Asal





26 comments:

Yana Yani said...

aida!! lama tak nampak..hehe
menarik juga cite ni ye
tak pernah tahu =)

Unknown said...

jijah pon xtahu latar belakang bangunan ni.. tapi menarik juga di baca

shameel Iskandar said...

lama aida menyepi. seram juga kisah bangunan ni.. mungkin ia menjadi penempatan makhluk halus.

kiwi said...

lamanyaaa xsinggah. baru tau nama betul si froggie ni aida. hi aida! :P

btw, gambar kedua tu nampak macam bergerak je bila kiwi scroll ke bawah. terkejut pun ada. dah le post pasal misteri. sedang online di tengah malam. kuss semangat.

Formasi CPNS said...

Kisah misteri yang sangat menarik, apartment tinggal riviera II musti direnovasi

Munir said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

feeling mesteri je kak aida nih.. :p

Unknown said...

klik nuffy galaxy tab lite..

Mimin Adam said...

wahh ! cerita ni macam tergantung.. sebab excited nak komen dulu. haha

Mimin Adam said...

wahh ! cerita ni macam tergantung.. sebab excited nak komen dulu. haha

Eintan Nurfuzie said...

kita kena ingat yg kita ni bukan kita je de kat dunia ni. de makhluk len juga

Anonymous said...

Sya student cict..sya prnah dduk dkat situ thun 2006-2007..mmg bnyak perkara aneh dkat sne..cuba lah ke sna..

mselim3 said...

Assalammualaikum... DSF,

mselim3 pun tak tahu... kisah misteri nie...

mselim3

thomas said...

penuh misteri bangunan ini.

Anonymous said...

Sekrg aprtmen ni dh di renovate jd kondo.. dan dijual..ble thn gak harga.. tp nmpk mcm kosong je wp nmpk mcm kondo baru..

Unknown said...

1998 saya salah sorang pelajar yg tinggal di sana.. 1999 saya keluar Dari Rivera 2... Allahuakbar tak tahu pulak kesah nya jadi bgini

Unknown said...

1998 saya salah sorang pelajar yg tinggal di sana.. 1999 saya keluar Dari Rivera 2... Allahuakbar tak tahu pulak kesah nya jadi bgini

Anonymous said...

Okay,saya penghuni berhampiran,duduk hampir tiga puluh tahun,memang banyak cerita tentang keadaan bangunan ini,tapi seingat saya sekitar tahun 1990,saya ada dengar ada dua kematian yang membabitkan pelajar,cara kematian tak pasti,banyak versi,tidak di hebohkan di akhbar ( biasalah rumah bertingkat ni banyak kes kematian ambik contoh flat sri sabah tu lagi teruk kes kematian), keadaan kawasan masa tu crime rate pun tinggi,banyak kes ragut,sebab kawasan pinggiran agak gelap,jadi kemungkinan akan berlakunya jenayah di kawasan tersebut,berkenaan hantu,saya tak boleh kata apa sebab tidak pernah terjumpa pekara mistik yang berlaku, kesimpulannya bangunan ini di kosongkan atas sebab pemindahan kolej atau asrama seingat saya,jadi pemilik mempunyai kesukaran untuk menjual semula rumah yang di beli,ada jugak cakap developer yang bermasalah,jadi di pendekkan cerita,tempat ini dah pun di bangunkan semula oleh developer baru siap harga rumah mak ai RM 500k ke atas,mahal gila,dan sudah ada penghuni(mungkin penghuni asal),projek siap tahun lepas tak salah saya, jadi selama saya lalu di hadapan kondo tersebut tak pernah la terjumpa,kalau ada pun mungkin Jin,dalam dunia ini tak ada manusia yg mati rohnya terlepas dari alam barzakh,teringat pesan ustaz,,kalau ada pun itu syaitan dan jin yang boleh bertukar tukar wajahnya,orang tua selalu cakap,tempat yang lama di tingglakan,jin suka duduk,jadi tak hairan lah,apa yang orang nampak itu mungkin Jin,sebab dia pun makhluk tuhan,

Unknown said...

saya student yang pernah menghuni apartment rivera ii ni.. Sekitar tahun 2006.. Tapi mase tu tak tahu pulak apartment kisah yg menyeramkan.. Alhamdulillah Takde ape yg berlaku sepanjang saya n batch kptm yg lain menghuni disitu..

Anonymous said...

Aku pernah sty sna dulu..thn 2005..mmg hari2 kna kacau ngan makluk nie..

Unknown said...

saya pernah stay kt sn dulu sekitar 2006 dn terpaksa pindah sbb renovation..semua tingkat saya & house mate dh round & 3 tingkat atas x da penghuni..rumah rosak teruk & berair..spjg tinggal disana takda apa yg belaku, aman & tenteram..skg dh jd kondo mewah, the residence cheras south..Ex CICT Batch 1-2006

rusydina2009 said...

Dlu apartment ni student kuim (skrg usim) ddk... Pastu kami pindah ke nilai kampus baru, student lain dok ctu.. Student kuim still ade, tp kat rivera 3 student course perubatan.. Rivera 2 mse kuim jdikn asrama student lelaki stay kat ctu... Adelh perempuan, tp xramai... Sbb perempuan semua dkt rivera 3.. Mmg ade dgr after student kuim xdok ctu, kolej lain ambik alih n gejala maksiat berlaluasa... Sejauh mne kesahihan cite xpasti.. Tp,klu dh 1bgunan brcmpur2 gender tnp kawalan penjga mstilh ade jd bnd y xelok,kn...? Wallahu a'lam bissawab.. La ni dh jd kondo the resident, tp still mcm xmeriah kaw ctu... Ex student kuim aka usim

Anonymous said...

Assalamualaikum semua,

Saya adalah batch pertama yang menghuni Kondo Riviera II 1997-1999. Pada masa tu ia hostel untuk bagi program matrikulasi IPTA utama dibawah kendalian Kolej PTPL Ampang, seperti UKM, UMS, USM, UPM dan kemudian masuk pelajar KYPM Cheras dan Legend Hotel School (kami anggap mereka ini agak sosial dan tidak bercampur). Asalnya bangunan ini begitu cantik. Hari pertama saya daftar masuk, saya terpegun, tak pernah mimpi hostel matrik semewah ini..maklumla dtg dr kg jauh, masa itu bangunan ini seperti baru siap, bilik-bilik kami masih berpasir dan habuk simen. Semi-furnished. Sudah ada almari besar, kitchen counter top, bar kitchen (ikut jenis unit). Bilik Sauna dan kolam renang berfungsi dengan sempurna. So memang enjoy sakanlah kami. Surau pertama kami di ground floor, corner atas kanan side Sauna, kemudian bila jemaah semakin ramai kami mohon bilik baru, corner kanan bawah dijadikan surau baru sempena Ramadhan 1998 jika tak silap. Artis, Amy Mastura antara penghuni awal yg sedia ada masa kami mula masuk. unit kondonya tingkat atas sekali. Tapi lepas tu dia berpindah mungkin xde privacy satu budak2 ni suka pegi rang bell rumah dia heheh

Berhantu? Mistik? Sepanjang tinggal 2 tahun tak rasa Kondo ini seram atau berhantu. Sebaliknya Alhamdulillah.. ia satu hostel yang menyeronokkan. Saya ni jenis kaki merayau dari bilik ke bilik, tingkat ke tingkat, termasuk ke luar kawasan Reviera tak kira siang atau malam untuk study dn lepak. Waktu itu pak guard org tempatan (org Perlis sorang).
Alhamdulillah..suasana waktu itu langsung tidak seram. Malah riuh rendah,happiness dan ceria. Hampir semua unit dipenuhi pelajar dan pensyarah fellow asrama. Koridor diterangi lampu neon kuning, Unit kondo saya berbalkoni, mengadap terus ke Pandan Indah, jauh di ufuk nampak kelipan lampu dr atas bukit. Kawan2 kata itu Genting Highlands.Sungguh syahdu terutama ketika senja sambil dgr alunan zikir & azan radio 1 Kuala Lumpur.

Dalam kondo asalnya lampu neon kuning yang tak sesuai untuk kami sebagai pelajar mentelaah atau study/ study group/home work. So ada yg bwk table lamp, ada yg modified letak lampur kalimantang. Kemudian kami mula explore lobby bawah untuk aktiviti study group, discussion, riadah, tp tiada pun masalah sosial yang diketahui mungkin masa itu tiada mobile phone, tiada pengaruh bukan2. kebanyakkan yg dtg dr kampung2, pelusuk tanah air. Alhamdulillah semuanya elok. ada lah 1-2 kes terpencil.

Bas awam yang lalu kawasan itu - Bas Mini No56, City-Liner 174, Intrakota (tak ingat no.) semua base laluan Taman Muda. Kemudian bila LRT Ampang dibuka, 1998 Sukan Komanwel, bermula lah pengalaman baru naik rel transit. Bas2 mini mula ditamatkan dan dijadikan bas pengantara ke stesen LRT Cempaka. Di cat dengan warna biru dengan logo STAR merah (LRT Line Ampang + Seri Petaling dikenali sebagai LRT STAR).

Anonymous said...

Berkaitan lif suka terbuka, naik sendiri ke aras dan tutup? Pada awal masa kami mula masuk, tak semua lif dibuka untuk service. Hanya lif angkut barang termasuklah nak buang sampah (so management lapik papan lapis). Lif brand Toshiba, 2 lagi lif biasa dibuka selepas beberapa bulan bila kapasiti pelajar semakin ramai. Itupun kena beratur bila peak hours (waktu pagi 7.30-8.00, petang 5-5.30ptg). Dari awal kami mula duduki lagi lif ini bukan berhantu tetapi masalah controller. Randomly lif ni akan bergerak sendiri kemudian terbuka lepas tu akan turun ke ground floor semula.Kami mmg dh aware dn xkisah pun. Pihak management beberapa kali telah lock/ auto system nya. tapi memandangkan kalau lock, service nya akan sgt slow dan tk sync dgn lif satu lagi.Pandangan sy ia bukan isu mistik. Wallahualam

Pada zaman itu kampung terdekat di belakang Reviera II/I ialah Kg Cheras Baru. Selain dr pembinaan Riviera III kt atas bukit tu. Tp bagi saya Riviera II paling cantik antara 3 fasa Reviera. Dikhabarkan keluarga artis Awie pernah tinggal di situ. Kami pernah meredah area tu mencari air ketika krisis bekalan air paling lama masa tu hampr 2 minggu hingga ke masjid besar selepas kampung tu. tembus ke Jalan Cheras agaknya. pernah di halau oleh tok siak sbb ada yg dtg pelajar perempuan yang dtg bulan tapi selambe masuk masjid utk cari air.. hehehe. Jika hari Jumaat xde kelas, atau jatuh hari cuti, di situlah kami bersolat Jumaat dgn berjalan kaki ramai2. Jika Jumaat ade kuliah, Solat Jumaat di masjid dekat Ampang Point (arah jalan menuju ke Bukit Belacan).

Sumber makan? tiada kedai besar/special area tu, hanyalah warung2 org tempatan dan abg2 Indonesia. Ptg2 mrk buka meja tepi jalan masuk Riviera. Masakan ok. sedap, murah. Tkde la yg senak perut cirit birit. Seketika pelajar Legend Hotel pernah jalankan kafeteria kt ground floor, kbykan Sarawakian, Sabahan. Tp sekejap lepas tutup semula.

Shopping mall? tiada apa yg havoc masa tu hanya ada Sunshine di Menara Maxisegar, pelajar perempuan je rajin ke situ. Kebanyakkan kami ke Ampang Point lepas kelas atau sebelum balik ke kondo. Nk serius shopping, cinema (Titanic, Kush2 Hota Heii tgh meletop), lepak, kami pegi KL, KLCC etc time weekend. Sebelum ada lebuhraya di sisi kanan, MRR2 jika tak silap.. kawasan tu memang tak sibuk. best dan tenang. skali skla dgr enjin bas City-Liner Mercedes Benz time tu gearbox auto nyaring dgr sampai ke bilik hehehe. Jika menyurusi jalan besar depan Rivera II, hujungnya jalan mati. Jadi belok ke kanan untuk ke Pandan Indah.

Kesimpulannya Riviera II bukan tempat menggerunkan, mistik atau berhantu asalnya. Ia sebuah penempatan unik komuniti anak2 Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak dtg ke ibu negara untuk mencari ilmu, ramai yg kali pertama jejak Kuala Lumpur, menghimpunkan pelajar lelaki & perempuan 5 buah IPTA utama negara dalam satu bumbung. Kami berkenal berukhuwah tanpa masalah. Alhamdulillah bersyukur pd-Nya tiadapun maksiat dan keburukan berlaku yang kami ketahui. Ia menjadi suasana harmoni dan terpahat sebagai kenangan manis. Tak lupa pada kedai dobi untie chinese corner bawah kiri tu yg murah je, dan kedai runcit akak Indian di pintu masuk kiri.

Catatan ini sebagai imbauan kenangan manis. dan bukti bahawa Riviera pernah menjadi tempat terindah dan menghimpunkan kami alumni awal Matrikulasi IPTA dibawah francais Kolej PTPL (MSU Group). Tak dapat dibayangi bagaimana ia berubah. Mungkin selepas dari itu dan ketika bangunan ini di abandoned, Wallahulam.

-ex Unit 9.XX & 3.XX The Riviera II 97-99

Unknown said...

Tapi sekarang bangunan tu dah cantik ye..dah tukar Nama pun.. xde hantu2 lagi..

Anonymous said...

Sekarang apa nama kondo ni ya?

Small Cute Green Pointer

Get this tabber widget

Create By :


About Me